Tuesday, 6 May 2014

REFLEKSI 4

REFLEKSI MINGGU KEEMPAT

  1. Picasa

Perisian Picasa merupakan perisian yang boleh diperoleh secara percuma daripada Google. Tujuan utama Picasa adalah untuk mengedit gambar serta video dengan berkesan. Perisian ini boleh muat turun untuk komputer Apple serta Window. Perisian ini boleh digunakan oleh para pendidik dalam sesi menyediakan sumber-sumber pengajaran. Segala maklumat mengenai PICASA boleh didapati dalam sesawang berikut; PICASA. Sangat menarik dengan reka bentuk interface yang baik dan senang dikendalikan dengan alatan pengubahsuaian yang mudah, ringkas dan berkesan. Dengan kata lain, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mengedit gambar/foto telah disediakan. Hasil pengubahsuaian boleh di link  terus ke google, blog, Youtube dan lain-lain. 

  1. Microsoft Publisher


Software yang seterusnya kami belajar ialah Microsoft Publisher. Publisher merupakan perisian yang tersedia dalam Microsoft. Sebenarnya, saya biasa menggunakan software ini dalam menghasilkan buku program di sekolah. Walau bagaimanapun, hari ini saya telah berpeluang belajar dengan lebih lanjut lagi kegunaannya. Microsoft Publisher adalah satu aplikasi publishing software yang mampu menghasilkan greeting cards, certificates, newsletters, flyers dan sebagainya. Software ini mengandungi banyak fail pre-installed templates dan pengguna juga boleh memuat turun template baru secara percuma di servis atas talian Microsoft. Ia merupakan software yang mudah dan senang dikendalikan kerana template telah tersedia. Ianya boleh menghasilkan pelbagai kegunaan seperti banner, calendar, greeting card, certificates, newsletter, flyer dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment