REFLEKSI MINGGU KELIMA
5. Microsoft Excel
Program ini adalah salah satu
aplikasi daripada Microsoft Office dan merupakan aplikasi yang agak
popular di kalangan guru kerana ia banyak digunakan untuk menganalisis data,
membina graf, carta dan juga membina soalan. Microsoft Excel merupakan
spreadsheet yang dapat menyimpan pelbagai data yang dimasukkan. Setiap lembaran
kerja (worksheet) terdapat cell yang terdiri daripada baris(row) dan lajur
(column) yang digunakan untuk memasukkan data. Microsoft Excel juga
mengandungi features seperti pengiraan, alat grafik, jadual pivot dan
bahasa macro programming. Sebagai setiausaha peperiksaan di sekolah Microsoft
Excel adalah sangat popular bagi saya. Segala data peperiksaan di analisa
dengan menggunakan Microsoft Excel. Kami telah disediakan satu lembaran
data markah kuiz bagi pelajar. Jadi, pembelajaran hari ini tertumpu kepada cara
menganalisa markah kuiz pelajar(Headcount) mengikut gred markah.
Pelbagai arahan matematik digunakan seperti Lookup, Countif dan
sebagainya. Pembentangan hari ini memberi peluang kepada guru untuk
mengorganisasi sendiri data markah pelajar-pelajar mereka di sekolah
nanti. Kesimpulannya, perisian ini berfungsi dalam menganalisis serta
merekod data dalam bentuk graf serta memudahkan pengguna dalam mengemaskini
data yang diperoleh. PdP hari ini memperjelaskan penggunaan formula dalam
menjana rekod markah yang berkualiti serta senang untuk dikemaskini. Amat
sesuai digunakan untuk menganalisis data seperti rekod pencapaian pelajar dalam
ujian dan peperiksaan. Pelbagai teknik analisis boleh dipelajari dan memudahkan
pengguna.Pelbagai bentuk paparan boleh dihasilkan seperti graf, carta bar dan
sebagainya.
6. Document Map : Now…it’s my turn to present….gOod LuCk!!!

No comments:
Post a Comment