Thursday, 8 May 2014

AURORA BOREALIS














SCIENCE EXHIBITION AT SMK METHODIST(ACS) SEREMBAN




VOLCANO


AMAZING


WATER ROCKET

1, 2, 3...GO

MY STUDENT PROJECT : SMOKE BOM

SMOKE BOM : POTASSIUM NITRATE & SUGAR


Tuesday, 6 May 2014

REFLEKSI 11

REFLEKSI MINGGU KESEBELAS

10. ChemSketch




Pada minggu ini juga saya berpeluang mempelajari satu software yang banyak memberi manfaat kepada guru Kimia iaitu ACD/ChemSketch Freeware. Saya pernah menggunakannya semasa menjalankan penulisan tesis di peringkat ijazah sarjana muda di UTM dulu. Walaubagaimana Chemsketch hari ini telah banyak dipertingkatkan aplikasinya. Chemsketch boleh diperolehi secara percuma di internet. ChemSketch merupakan pakej melukis yang membolehkan struktur kimia dapat dilukis termasuk struktur organik, polimer dan sebagainya. Struktur yang dilukis boleh dilihat dalam bentuk 2D dan 3D secara jelas. Banyak aplikasi yang boleh digunakan dalam Chemsketch. Ia merupakan software yang mudah dan senang digunakan kerana tersedia dengan ikon-ikon fungsi tersendiri. Ia meruapakan free software dan mudah untuk dimuat turun ke dalam komputer. Amat sesuai kepada guru Kimia kerana boleh melukis formula struktur yang sukar dengan mudah dan juga gambar rajah peralatan kimia. Ia juga dapat menjimatkan masa guru untuk menyediakan nota dan soalan.






11. Mandeley




Mendeley merupakan salah satu software pengelola data yang memiliki kemampuan dalam mengolah database ilmiah berupa e-journal, e-book dan referens lainnya atau juga disebut sebuah aplikasi yang berguna untuk mengorganisasikan atau mengelola kumpulan paper-paper yang kita miliki dan sangat erat kaitannya dengan pekerjaan para akademik. Aplikasi ini memang rasanya lebih diperuntukkan dan sangat membantu bagi kalangan akademik. 

REFLEKSI 10

REFLEKSI MINGGU KESEPULUH

9. Advance PowerPoint



Perisian ini umum untuk kegunaan semua untuk membuat laporan dan pembentangan. Semua komputer Window mempunyai Microsoft PowerPoint. Dalam PowerPoint, mengandungi  objek teks, grafik, video, suara, dan objek-objek lainnya diletakkankan dalam beberapa halaman individual yang disebut dengan "slide". PowerPoint menawarkan dua jenis pergerakan, iaitu Custom Animations dan Transition. Jenis pergerakan Entrance, Emphasis, dan Exit objek dalam sebuah slide dapat diatur oleh Custom Animation, sementara Transition mengatur pergerakan dari satu slide ke slide lainnya. Semuanya dapat dianimaskan dalam banyak cara. Reka bentuk keseluruhan dari sebuah persembahan dapat diatur dengan menggunakan Master Slide, dan struktur keseluruhan dari persembahan dapat disunting dengan menggunakan Primitive Outliner (Outline). Pelbagai aplikasi di dalam PowerPoint dapat dipelajari.

REFLEKSI 9

REFLEKSI MINGGU KESEMBILAN


CUTI UMUM HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK




REFLEKSI 7

REFLEKSI MINGGU KETUJUH

7. OneNote


Perisian yang mempunyai fungsi yang hampir sama kepada microsoft word tetapi lebih fokus kepada note untuk kerja-kerja pejabat, rumah serta sekolah. Microsoft Office OneNote merupakan software untuk menyimpan nota dan satu program untuk menguruskan maklumat dengan berkesan. Jadi, perisian ini amat berguna kepada guru dalam membina RPH, nota dan latihan. Semua data serta maklumat boleh ditulis mengunakan perisian ini. OneNote adalah note yang boleh disimpan dalam bentuk seperti diari, justeru itu ia amat mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Software yang dapat mengorganisasikan, menyimpan, mengurus pelbagai maklumat dan nota serta latihan dengan berkesan. Pelbagai fungsi boleh diaplikasikan seperti video, bunyi, warna dan sebagainya. Ianya sangat sesuai dijadikan bahan P&P.

8. Moviemaker



Sebuah perisian yang mudah dan senang digunakan.  Dengan kehadiran interface yang bersama dengan editor video ia dapat membantu kita mengkombinasikan gambar, video dan muzik/lagu dan memberi kesan-kesan yang menarik bagi membentuk satu video yang menarik kepada pengguna untuk mengedit video serta lagu/muzik. Perisian ini  dibentang oleh kumpulan 5 mengenai cara mengedit video dalam proses pembelajaran & pengajaran. Movie Maker ini boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran yang berguna kepada pelajar kerana ianya menarik dan mudah digunakan. Ia merupakan salah satu koleksi program Microsoft yang akan di muat turun bersama dengan Window.

Senang dan mudah untuk dipratikkan. Menyediakan banyak animasi, kesan visual dan juga slaid transition. Video yang telah siap boleh dimuat turun terus ke dalam YouTube, Blog, dan sebagainya. Movie Maker amat sesuai untuk dipelajari oleh guru untuk menbina bahan PdP.