REFLEKSI MINGGU KESEBELAS
10. ChemSketch
Pada minggu ini juga saya berpeluang
mempelajari satu software yang banyak memberi manfaat kepada guru Kimia iaitu
ACD/ChemSketch Freeware. Saya pernah menggunakannya semasa menjalankan
penulisan tesis di peringkat ijazah sarjana muda di UTM dulu. Walaubagaimana
Chemsketch hari ini telah banyak dipertingkatkan aplikasinya. Chemsketch boleh
diperolehi secara percuma di internet. ChemSketch merupakan pakej melukis yang
membolehkan struktur kimia dapat dilukis termasuk struktur organik, polimer dan
sebagainya. Struktur yang dilukis boleh dilihat dalam bentuk 2D dan 3D secara
jelas. Banyak aplikasi yang boleh digunakan dalam Chemsketch. Ia merupakan
software yang mudah dan senang digunakan kerana tersedia dengan ikon-ikon
fungsi tersendiri. Ia meruapakan free software dan mudah untuk dimuat turun ke
dalam komputer. Amat sesuai kepada guru Kimia kerana boleh melukis formula
struktur yang sukar dengan mudah dan juga gambar rajah peralatan kimia. Ia juga
dapat menjimatkan masa guru untuk menyediakan nota dan soalan.
Mendeley merupakan salah satu software pengelola data yang
memiliki kemampuan dalam mengolah database ilmiah berupa e-journal, e-book dan
referens lainnya atau juga disebut sebuah aplikasi yang berguna untuk
mengorganisasikan atau mengelola kumpulan paper-paper yang kita miliki dan sangat
erat kaitannya dengan pekerjaan para akademik. Aplikasi ini memang rasanya
lebih diperuntukkan dan sangat membantu bagi kalangan akademik.


.jpg)
No comments:
Post a Comment