REFLEKSI MINGGU KETIGA
- Blogspot
Sesi pengajaran & pembelajaran Blogspot telah disampaikan oleh
Syarfa, terima kasih….. Blog adalah salah satu medium dalam teknologi maklumat
dalam menyampaikan dan berkongsi sesuatu maklumat atau idea. Saya
dapati semua amat teruja untuk menghasilkan blog masing-masing. Blog ini juga
digunakan sebagai e-portfolio bagi kursus SKP6024. Pelajar diajar cara membuat
blog serta cara untuk menggunakannya. PdP ini berkesan dalam memberi
pengetahuan secara bersemuka dan sebarang pertanyaan boleh dijawab secara
langsung. Sememangnya kami sangat teruja untuk menghasilkan blog. Sangat
menarik…pelbagai perkara telah ditunjukkan cara penggunaannya dan pelbagai widget
tersedia untuk diapalikasikan di dalam blog.
- Wordpress
Sesi ini telah disampaikan oleh kawan baik saya....WANI...TQ....WordPress
ialah satu platform blog percuma seperti Blogspot. Fungsi WordPress sangat
terhad dimana tidak boleh letak plugin atau widget, theme yang terhad dan hanya
mempunyai fungsi asas untuk buat entri baru dan sebagainya. Ramai yang mengatakan blogging dengan
WordPress seronok, berbaloi, senang dan segala yang positif. Admin panel
WordPress mempunyai pelbagai fungsi dan setting seperti teknikal setting, plugins,
theme, comment, media iaitu gambar, lagu atau video, kategori, menus serta
pengurusan posts. Setiap satu diasingkan mengikut bahagiannya dan pengurusan
lebih teratur serta efisyen. Pilihan(option) di dalam setting setiap bahagian
itu juga lebih terperinci, privasi dan pengawalan sepenuhnya oleh tuan blog
sendiri.
Kelebihan
ruangan komen di WordPress membolehkan kita tahu email dan alamat IP orang yang
memberikan komen. Boleh setting di bahagian discussion. Selain itu sudah
tersedia threaded comment yang mana boleh balas(reply) komen yang sedia ada tanpa
perlu memasang atau mengubahsuai kod. Kita juga boleh menguatkan bahagian
security untuk mengelak spam comment dengan menggunakan Akismet atau GASP.


No comments:
Post a Comment