Tuesday, 6 May 2014

REFLEKSI 2

REFLEKSI MINGGU KEDUA

Pembelajaran hari ini :

1. Perisian CamStudio :
Perisisan untuk merakam bahan pembelajaran contohnya daripada powerpoint, video dan sebagainya untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran yang mana berkaitan dengan tugasan 6 iaitu untuk menghasilkan video.




2. Google Drive : 
Salah satu perisian google untuk menyimpan dokumen serta fail dalam talian tanpa bayaran. Ianya berfungsi untuk memuat naik sebarang bentuk tugasan dan boleh dihubungkan secara talian, ini akan menjimatkan masa serta ruang sesuatu komputer peribadi. Selain itu, kami juga didedahkan menggunakan Google Doc untuk mencipta borang soal selidik secara online (online survey) yang sangat berguna. Sangat menarik dan menguntungkan kerana segala tugasan dapat disimpan dengan selamat di sini dan boleh diakses walau di mana kita berada (say no to pendrive).



2. Online Forum :
Pelajar-pelajar SKP6024 boleh berkongsi pendapat serta pandangan ilmiah di group forum (MyGuru2), yang mana penglibatan di dalam forum turut akan diberikan markah dan termasuk dalam assignment kami. Jadi, kami perlu mengambil bahagian secara aktif dalam forum tersebut dan segala pendapat akan dikongsikan dan dibincangkan bersama. Tarikh untuk forum diaktifkan dan ditamatkan telah dinyatakan dengan lengkap.


3. KhanAcademy : 

Ia merupakan pengalaman pertama bagi saya membuka dan melihat hasil dalam web Khan Academy. Sesungguhnya ia membuatkan saya sangat teruja. Pelbagai maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Ia amat sesuai kepada guru untuk dijadikan  rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran nanti.


No comments:

Post a Comment