REFLEKSI MINGGU PERTAMA
Hari ini merupakan sesi kuliah
pertama kursus Technology and Innovation in Teaching and Learning Chemistry (SKP
6024) sesi 2013/2014. Moderatornya iaitu Cik Hajah Asmayati Yahaya
(Pensyarah-Jabatan Kimia, Fakulti Sains & Matematik UPSI) memulakannya
dengan pengenalan kepada subjek. Pengenalan ini bertujuan untuk menerangkan
objektif serta kandungan subjek dan bertujuan untuk memberi pendedahan
penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) di
samping itu dapat diimplementasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang pendidik
yang cemerlang. Sejujurnya, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana
diberi peluang meneroka kecanggihan teknologi yang terkini. Pensyarah
untuk subjek ini, Cik Asmayati bt Yahaya telah memberi dan menerangkan tugasan
yang akan kami jalankan sepanjang semester ini. Apa yang menariknya ialah,
tiada final exam untuk subjek ini…alhamdulillah, yang menggetirkan pula ialah 6
tugasan a.k.a assignmentsssss… yang diberikan semuanya mencabar belaka.
Kami
diminta menghasilkan:
1. Online Forum
2. Esei "School in the Cloud"
3. E-portfolio
4. Online learning resources
5. Simulation/modelling
6. Video
Pembahagian tugasan Presentation/Peer Teaching :
Tugasan
ini memerlukan setiap individu untuk memilih
mana-mana perisian percuma untuk dipersembahkan kepada rakan-rakan lain dan mengajarkannya kepada
rakan-rakan yang yang lain. Pelbagai perisian percuma yang boleh digunakan
untuk pengajaran seperti Microsoft Publisher, Microsoft Excel, Picasa,
ChemSketch, OneNote, Mandeley, Advanced PowerPoint, Blogspot, Wordpress,
Moviemaker dan saya diberikan tugasan untuk membentangkan mengenai Document
Map.



No comments:
Post a Comment